Thursday, April 14, 2011

14/4/2011

今天超好笑的!!!!
因为Pn.Zuraida 之前分给我们的script今天要在PKP persembahan....
紧张到~~~~~
嘉敏做开张白,健翔做老师,其余的学生,就是我们班上的人啦!!!!
来分享下我们的script, 让你们笑一笑呗~

Waktu mata pelajaran bahasa Melayu akan bermula sebentar lagi.Guru yang mengajar bahasa Melayu di Tingkatan 3 Epal ini merupakan seorang guru yang garang dan digeruni oleh murid-muridnya. Murid-murid tingkatan 3 Epal pula merupakan murid murid yang kurang bijak tetapi jujur dan baik hati.

Murid-murid: Selamat petang cikgu
Cikgu: Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam kamu doakan saya tak selamat ke?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam, cikgu
Cikgu: Panjang sangat. Tak pernah dibuat orang. Ucap selamat sejahtera. Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini melipuuti semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama,duduk. Dengar sini baik-baik. Hari ini saya nak uji kamu tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu mesti menjawab dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, Cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap....)
Cikgu: Pandai !!!!
Murid-murid: Bodoh!!!
Cikgu: Tinggi!!!
Murid-murid: Rendah!!!
Cikgu: Jauh!!!!
Murid-murid: Dekat!!!
Cikgu: Belakang!!!!
Murid-murid: Tengah!!
Cikgu: Salah...tu...!!!
Murid-murid: Betul...ni!!
Cikgu: Bodoh!!!
Murid-murid: Pandai!!!
Cikgu: Bukan...!!
Murid-murid: Ya!!!!
Cikgu: Oh...Tuhan...!!!
Murid-murid: Oh, hamba!!!!
Cikgu: Dengar sini !!!
Murid-murid: Dengar situ!!!
Cikgu: Diam!!!
 Murid-murid: Bising!!!
Cikgu: Eeeeeeee
Murid-murid: Aaaaaa....
Cikgu: Itu bukan pertanyaan bodoh...!!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai !!!
Cikgu: mati aku..!!
Murid-murid: Hidup kami..!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: akar lama tak tau
Cikgu:malas aku ajar kamu
Murid-murid:rajin kami belajar cikgu
Cikgu: cukup...cukup...!
Murid-murid: kurang...kurang...
Cikgu: sudah...sudah...
Murid-murid: belum...belum....
Cikgu: mengapa kamu semua bodoh sangat??
Murid-murid: sebab saya seorang pandai!!!
Cikgu: oh,...melawan ya!!
Murid-murid: oh,....mengalah tidak!!!
Cikgu: habis aku...Murid-murid: kekal kami !!!
Cikgu: OK. Pelajaran sudah habis.
Murid-murid: KO. Pelajaran belum bermula?
Cikgu: berdiri !!!!
Murid-murid: Duduk!!!
Cikgu: saya kata tengah salah!!!
Murid-murid: kami dengar belakang betul !!!
Cikgu: banggang kamu ni !
Murid-murid: cerdik kami tu!!
Cikgu: Rosak
Murid-murid: baik!!
Cikgu: (marah) kamu semua ditahan tengah hari ini...
Murid-murid: kami dilepaskan tangah malam itu....
Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya lalu keluar dalam keadaan marah)

Sebentar kemudian, loceng pun berbunyi. Murid-murid berasa lega kerana guru yang palaing ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka berasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi,tetapi esok masih ada, cikgu ini pasti akan datang lagi....

当我们念这个script 时,我们和听者都笑成一团了。。。
没办法。。。真的太好笑了。。。
如果你这样看script 的话你会觉得不好笑,但如果你用讲的,再加些应有的语气,那么就很好笑了!!!

No comments:

Post a Comment